Hiddink pertikaikan jadual Piala FA

Hiddink pertikaikan jadual Piala FA

SOUTHAMPTON, 28 Feb (AFP) – Guus Hiddink mempertikai jadual pertemuan suku akhir Piala FA antara Chelsea dengan Everton yang akan berlangsung tiga hari selepas kelab itu bertarung dalam Liga Juara-Juara menentang Paris Saint Germain (PSG).

Hiddink yang juga pengurus sementara Blues, bimbang dengan harapan terlalu tinggi diletakkan ke atas pemainnya dan percaya sudah tiba masanya pakar perubatan profesional mempengaruhi senarai jadual perlawanan.

Hiddink berkata demikian selepas kemenangan 2-1 pasukannya di Southampton yang menyaksikan pemain sayap Sepanyol, Pedro terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring yang mungkin terlepas aksi timbal balik kedua berdepan PSG di Stamford Bridge, 9 Mac ini.

“Kami mempunyai jadual yang padat, berdepan Norwich pada Selasa dan kemudian Stoke dan PSG. Kemudian, hairannya perlawanan dengan Everton itu ditetapkan pada Sabtu dan bukan Ahad.”

“Saya tidak tahu siapa yang membuat keputusan itu dengan tiba-tiba. Ia adalah menakjubkan apabila orang boleh mengubah masa sepak mula.

“Kami berdepan PSG pada malam Rabu. Saya berharap ia tidak berlarutan hingga ke masa tambahan. Semua pemain, bukan hanya pemain Chelsea, memerlukan masa rehat apabila kepadatan liga seperti ini.

“Ahli perubatan di FA dan Liga Perdana perlu membuat semua orang memahami perkara ini. Kita perlu melindungi pemain.”

ARTIKEL YANG SAMA