Hiddink rasai kemenangan pertama

Hiddink rasai kemenangan pertama

LONDON, 4 Jan (AFP) – Chelsea mengatasi Crystal Palace 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi untuk memberikan kemenangan pertama buat jurulatih sementara Guus Hiddink.

Oscar, Willian dan Diego Costa menjaringkan gol di Selhurst Park ketika juara bertahan Chelsea merekodkan kemenangan pertama sejak pemecatan Jose Mourinho.

Ia adalah kemenangan pertama mereka di gelanggang luar sejak kemenangan 3-2 di West Bromwich Albion pada 23 Ogos dan meletakkan pasukan itu di tangga ke-14 liga, enam mata di atas zon penyingkiran.

“Mereka adalah pemain yang sangat berbakat, mereka juga mula bekerja, untuk melabur dalam kerja kotor dan bukan hanya permainan cantik dimainkan mereka, kerana liga ini amat mencabar,” kata Hiddink, yang menguruskan Chelsea secara sementara buat kali kedua.

Aksi Guus Hiddink ketika meraikan gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh Willian. – Reuters
Aksi Guus Hiddink ketika meraikan gol kedua Chelsea yang dijaringkan oleh Willian. – Reuters

“Dan jika anda rasa anda boleh melakukannya dengan hanya kualiti dimiliki, apa yang boleh diberikan lebih oleh bakat berbanding semula jadi, liga ini akan membunuh anda.”

Chelsea kehilangan Eden Hazard kerana kecederaan pangkal paha pada permulaan permainan tetapi mendahului pada minit ke-29 apabila Costa melorongkan bola kepada Oscar untuk gol pertama.

Willian menjadikannya 2-0 selepas sejam, meledak sepakan kencang ke penjuru kanan dari luar kotak penalti dan enam minit kemudian dia berpasangan dengan Costa bagi memberikan penyerang itu jaringan ketiga dalam dua perlawanan.