Hiddink sasar Liga Europa

Hiddink sasar Liga Europa

LONDON, 20 Mac (AFP) – Jurulatih sementara Chelesa, Guus Hiddink menyasarkan tempat dalam persaingan Liga Europa ketika dia cuba menghalang musim pasukannya dari terjejas.

Chelsea menunjukkan mereka tidak berputus asa dalam musim ini dengan kembali bangkit bagi mengikat kedudukan seri 2-2 semalam menentang West Ham United, yang boleh merampas tempat dalam Liga Juara–Juara dengan kemenangan.

Cesc Fabregas dua kali menyamakan kedudukan, pada setiap separuh masa, dalam perlawanan yang seharusnya kurang penting kepada Chelsea berbanding West Ham.

Pasukan kendalian Hiddink tersingir dari Liga Juara–Juara kepada Paris Saint-Germain dan tewas dalam suku akhir Piala FA kepada Everton dalam dua perlawanan lalu mereka.

Gus Hiddink ketika menyaksikan perlawanan Chelsea menentang West Ham United di Stamford Bridge. - Reuters
Gus Hiddink ketika menyaksikan perlawanan Chelsea menentang West Ham United di Stamford Bridge. – Reuters

Walaupun pengurus dari Belanda itu gembira bahawa pasukannya menunjukkan hasrat untuk kembali bangkit dan mengekalkan rekod sendiri tanpa kalah Liga Perdana sejak kembali ke kelab itu pada Disember tetapi dia juga mahu meningkatkan pada perlawanan akhir.

“Kami mencatatkan terlalu banyak keputusan seri dan jika kami mencatatkan lebih banyak kemenangan, kami akan mengetuk pintu Liga Juara–Juara seperti yang dilakukan West Ham sekarang, dan mereka layak,’ katanya. “Ia adalah satu pujian kepada skuad mereka dan jurulatih.

“Bagi kami sasaran pertama kami pada Disember adalah sasaran biasa, dengan standard Chelsea, keluar dari zon penyingkiran secepat yang mungkin.”

ARTIKEL YANG SAMA