Hiddink sedia ganti Mourinho

Hiddink sedia ganti Mourinho

BELGRADE, 18 Dis (Reuters) – Jurulatih Belanda, Guus Hiddink bersedia untuk mengambil alih pasukan juara Liga Perdana, Chelsea, selepas mereka memecat Jose Mourinho semalam, kata bekas penyerang kelab itu, Mateja Kezman.

“Saya tidak tahu jika ia sudah disahkan, tetapi Hiddink memberitahu saya, dia adalah jurulatih baru,” Kezman, yang pernah beraksi bagi Chelsea pada musim 2004-2005, yang dipetik sebagai berkata oleh laman sesawang Croatia, www.index.hr. “Hiddink adalah pakar hebat dan memiliki psikologi lebih baik, saya yakin dia akan mengembalikan Chelsea ke laluan kemenangan dalam Liga Perdana dan berada dalam Liga Juara-Juara.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan (pemilik Chelsea) Roman Abramovich untuk memecat Mourinho. Jose seorang jurulatih yang luar biasa tetapi keputusan kelab dan kedudukan dalam Liga Perdana berada di bawah kedudukan kelab Chelsea.

Chelsea berada di tangga ke-16 dalam Liga Perdana dan satu mata di atas zon penyingkiran selepas 16 perlawanan. Mereka akan menghadapi Paris Sat Germain dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Guus Hiddink dikatakan bakal mengganti Mourinho mengendalikan Chelsea tetapi belum disahkan lagi. – AFP
Guus Hiddink dikatakan bakal mengganti Mourinho mengendalikan Chelsea tetapi belum disahkan lagi. – AFP

Hiddink memenangi Piala FA 2009 bersama Chelsea sebagai pengurus sementara selepas mengambil alih dari Luiz Felipe Scolari dari Brazil.

Dia dengan segera mendapatkan sokongan peminat kelab yang mahu Abramovich untuk menandatanganinya dengan persetujuan kekal ketika perlawanan liga terakhir mereka musim itu, menang 2-0 ke atas Blackburn Rover.

Tetapi bilionair Rusia memilih Carlo Ancelotti dari Itali sementara Hiddink melatih, pasukan Turki, Anzhi Makhachkala dari Rusia dan terbaru negaranya, Belanda.

Tugas terakhirnya berkesudahan dengan teruk apabila berselisih faham dengan pasukan kebangsaan Belanda selepas permulaan hambar kelayakan Euro 2016, dengan pembantunya dan pengganti Danny Blind tidak mampu untuk menukar nasib mereka gagal untuk mara ke perlawanan di Perancis tahun depan.