Hiddink tinggalkan Oranje

Hiddink tinggalkan Oranje

THE HAGUE, 30 Jun (AFP) – Jurulatih Belanda yang berada di bawah tekanan, Guus Hiddink dan menyaksikan pasukannya bergelut dalam kelayakan Euro 2016, telah meletak jawatan, persekutuan bola sepak Belanda (KNVB) mengumumkan semalam.

Hiddink, yang mana kontraknya dijadualkan mansuh selepas Euro 2016, menggambarkannya sebagai ‘satu penghormatan’ untuk menghuni kerusi panas Belanda bagi kali kedua dan bekas pemain dan bos PSV Eindhoven itu menambah: “Saya mendapatinya sukar berakhir seperti ini dan memberikan harapan terbaik kepada pengganti saya.”

Awal semalam sumber persekutuan yang tidak mahu diketahui mendakwa bahawa pembantu Hiddink Danny Blind akan ‘secara langsung’ menggantikannya, menurut harian De Telegraaf, stesen televisyen umum NOS dan pakar majalah Voetbal International.

Tetapi kenyataan persekutuan mengumumkan pelepasan Hiddink menekankan: “Kami masih mencari siapa yang akan mengambil alih kedudukan itu.”

Hiddink meninggalkan kerusi panas Oranje sebelum kontraknya mansuh selepas Euro 2016. – AFP
Hiddink meninggalkan kerusi panas Oranje sebelum kontraknya mansuh selepas Euro 2016. – AFP

Pasukan Oranje selesai di tangga ketiga pada Piala Dunia tahun lepas di bawah Louis van Gaal tetapi bersama Hiddink, rentak mereka dalam kempen kelayakan Kejuaraan Eropah tahun depan di Perancis begitu hambar.

Dengan baki empat perlawanan, Belanda berada di tempat ketiga dalam kelayakan Kumpulan A dengan 10 mata, tiga mata di belakang Republik Czech dan ketinggalan lima mata daripada pendahulu Iceland.

Hanya dua pasukan teratas dan pasukan ketiga terbaik dari sembilan kumpulan akan layak secara automatik bagi Euro 2016, dengan baki pasukan yang selesai di tangga ketiga akan melalui play-off.

Hiddink, 68, menyaksikan empat kemenangan dan lima kekalahan dalam 10 perlawanan sejak kembali bagi kali kedua sebagai jurulatih Belanda musim panas yang lalu.