Hidup seperti raja selepas bersara

Hidup seperti raja selepas bersara

MADRID, 4 Jan (AFP) – Pemain Dunia Sepanjang Tahun Cristiano Ronaldo mendakwa dia akan “hidup seperti seorang raja” sebaik sahaja kerjayanya berakhir, tetapi mengetepikan akan menjadi jurulatih apabila dia menggantung kasutnya.

Penjaring terkenal Real Madrid itu sedang beraksi semalam tatkala Los Blancos berusaha mencatat keputusan seri dengan pencabar Barcelona dalam perlumbaan kejuaraan La Liga di Valencia.

Bagaimanapun, dalam temu bual dengan akhbar Sepanyol El Mundo, dia mengaku bola sepak tidak sentiasa menarik minatnya.

“Saya mempunyai kehidupan mewah, tetapi saya fikir saya akan menikmatinya lebih apabila saya menamatkan kerjaya saya, apabila saya mempunyai masa untuk melakukan apa yang saya suka,” katanya.

“Terdapatnya satu pertarungan tinju pada Sabtu ini di Las Vegas dan saya ingin membawa kawan dan keluarga saya untuk menyaksikannya, namun saya tidak dapat disebabkan tidak mempunyai masa.

Cristiano Ronaldo bergambar bersama keretanya.
Cristiano Ronaldo bergambar bersama keretanya.

“Saya tidak akan menangis mengenainya sekarang sebab saya sedang membuat pengorbanan dalam koma terbalik, tetapi selepas itu saya mahu hidup seperti seorang raja.”

Ronaldo ialah atlet dengan bayaran gaji ketiga tertinggi di dunia menurut majalah perniagaan Amerika Forbes dengan pendapatan tahunan sebanyak AS$80 juta.

Atlet berusia 30 tahun itu percaya dia akan terus mengusahakan jenamanya sebaik sahaja dia bersara daripada bermain dan bukannya kerjaya yang lebih tradisional dalam bidang jurulatih.

“Jika anda bertanya saya sama ada saya mahu menjadi jurulatih, saya akan berkata tidak. Mahupun pengarah atau presiden sebuah kelab,” tambahnya.

“Sejak saya berusia 27 tahun, saya mempunyai jenama pakaian saya sendiri dan saya mahu jenama saya terus berkembang disebabkan bola sepak akan berakhir dalam masa lima, enam, tujuh atau 10 tahun.”