Hidupkan Ramadan dengan Majlis Ilmu

Hidupkan Ramadan dengan Majlis Ilmu

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Seramai 40 orang yang terdiri daripada Belia Da’ie telah menyertai siri ketiga Program ‘Ramadan Quran Series’ anjuran Belia Da’ie yang diadakan di Bilik Al-Mauizzah, Pusat Dakwah Islamiah, hari ini.

Program yang julung-julung kalinya diadakan tahun ini telah dimulakan sejak 15 Jun lalu dan mengandungi lima siri yang bertujuan untuk mempelajari bidang tafsir Al-Quran di samping mendalami kefahaman tentang Al-Quran serta menghidupkan bulan Ramadan dengan Majlis Ilmu.

Siri hari ini merangkumi ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Dekan, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Kamaru Salam bin Yusof yang menyentuh mengenai latar belakang dan isi Surah Maryam dan Surah Taha.

Belia Da’ie merupakan sukarelawan Da’ie yang bernaung di bawah Pusat Dakwah Islamiah melalui Unit Belia, Bahagian Penyebaran Dakwah dan program ini telah diterajui oleh Barisan Ahli Jawatankuasa yang dipimpin oleh Pengerusi, Awang Adi Asnawi bin Adanan dan Penolong Pengerusi, Dayang Norhafilah binti Haji Saidin.

Dr. Kamaru Salam semasa menyampaikan ceramah petang kelmarin.
Dr. Kamaru Salam semasa menyampaikan ceramah petang kelmarin.
Antara para peserta terdiri daripada Belia Da’ie yang hadir pada siri ketiga Program ‘Ramadan Quran Series’.
Antara para peserta terdiri daripada Belia Da’ie yang hadir pada siri ketiga Program ‘Ramadan Quran Series’.

ARTIKEL YANG SAMA