Hidupkan semangat Awal Tahun Hijrah

Hidupkan semangat Awal Tahun Hijrah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437, Bahagian Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama kelmarin telah mengadakan satu ceramah khas yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Jamaiah binti Haji Abdul Manap.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Pengiran Alizah binti Pengiran Haji Mohd Tahir berkata, aktiviti seumpama ini bertujuan menyemarakkan lagi Sambutan Awal Tahun Hijrah dan sama-sama menyertai dalam mengembangkan syiar Islam, sekali gus akan dapat mengukuhkan hubungan silaturahim dan persaudaraan yang sudah terjalin dalam kalangan Muslimah masjid.

Haji Suhaimi semasa menyampaikan ceramah khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437.
Haji Suhaimi semasa menyampaikan ceramah khas sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437.
Datin Hajah Jamaiah bersama para jemputan lain ketika mendengar ceramah khas di majlis itu pagi kelmarin.
Datin Hajah Jamaiah bersama para jemputan lain ketika mendengar ceramah khas di majlis itu pagi kelmarin.

Ceramah itu telah disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Hal Ehwal Masjid, JHEM, Haji Suhaimi bin Haji Mohd Noor.

Majlis turut disemarakkan lagi dengan persembahan Tausyeh dari Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali.

ARTIKEL YANG SAMA