Hidupkan suasana final Liga Juara-Juara

Hidupkan suasana final Liga Juara-Juara

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Real Madrid ‘Away’ muncul juara Futsal 4-Penjuru UEFA Champions League (Liga Juara-Juara) Final 2016 selepas menewaskan Atletico Madrid ‘Home’ 3-2 menerusi sepakan penalti penentuan di perlawanan akhir malam tadi.

Empat buah pasukan iaitu Atletico Madrid ‘Away’, Real Madrid ‘Home’, Atletico Madrid ‘Home’ dan Real Madrid ‘Away’ bersaing dalam liga timbal balik berkenaan bersempena dengan perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di antara Real Madrid dan Atletico Madrid awal pagi tadi.

Selepas kesemua pasukan masing-masing melalui enam perlawanan, Atletico Madrid ‘Home’ dan Real Madrid ‘Away’ telah mengutip mata, jaringan dan bolos yang sama yang menyebabkan kejuaraan perlu ditentukan dengan tendangan penalti penentuan.

Secara kebetulan juga, perlawanan akhir sebenar di Stadium San Siro, Milan, Itali menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa bersaing dalam sepakan penalti penentuan yang dimenangi Real Madrid 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan masa sebenar dan tambahan.

Liga anjuran Kelab Sukan Syahkampong itu antara lain bertujuan bagi menghidupkan suasana hebat malam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2016 antara dua kelab La Liga itu, dan memperkukuh jalinan persaudaraan sedia terjalin di kalangan ahli kelab berkenaan melalui sukan khususnya futsal.  – Hasrulraizan

Atletico Madrid Home, Real Madrid Home, Atletico Madrid Away dan Real Madrid Away bersaing dalam Futsal 4-Penjuru UEFA Champions League Final 2016.
Atletico Madrid Home, Real Madrid Home, Atletico Madrid Away dan Real Madrid Away bersaing dalam Futsal 4-Penjuru UEFA Champions League Final 2016.

ARTIKEL YANG SAMA