Hidupkan syiar Islam

Hidupkan syiar Islam

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Kumpulan Lelaki Masjid Abd Wakeel Kampung Kiudang, Kumpulan Perempuan Masjid Kampung Lumut, Belait, Kumpulan Belia Masjid Hassanal Bolkiah Tutong dan Kumpulan Beliawanis Balai Ibadat Mukim Saba muncul juara dalam kategori masing-masing pada Pertandingan Tausyeh Bagi Dewasa dan Kumpulan Belia yang diadakan di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, hari ini.

Pada pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong itu, Kumpulan Lelaki Masjid Abd Wakeel Kampung Kiudang yang mengumpul 89.75 peratus menjuarai Kategori Lelaki Dewasa setelah mengalahkan Kumpulan Masjid Kampung Bunut yang mendapat tempat kedua dengan 85 peratus dan Kumpulan Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah di tempat ketiga dengan 81 peratus.

Kumpulan Perempuan Masjid Kampung Lumut, Belait pula muncul juara Kategori Perempuan Dewasa setelah mendapat 87.4 peratus, sekali gus mengalahkan Kumpulan Masjid Kampung Lubuk Pulau yang mendapat tempat kedua dengan mengumpul 86.5 peratus dan Kumpulan Masjid Kampung Kilanas di tempat ketiga dengan 84.3 peratus.

Kategori Belia dijuarai oleh Kumpulan Belia Masjid Hassanal Bolkiah Tutong setelah mengumpul 88.33 peratus, mengalahkan Kumpulan Masjid Mohamed Bolkiah Serusop yang mendapat tempat kedua dengan 87.17 peratus dan Kumpulan Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Kampung Tamoi di tempat ketiga dengan 86.67 peratus.

pg07_150511_d

pg07_150511_e

pg07_150511_b

Manakala Kategori Beliawanis dijuarai oleh Kumpulan Beliawanis Balai Ibadat Mukim Saba dengan pungutan markah 89.75 peratus, mengalahkan Kumpulan Masjid Kampung Kilanas di tempat kedua dengan mengumpul 87.3 peratus dan Kumpulan Masjid Kampung Telisai Tutong di tempat ketiga dengan 81.3 peratus.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, dan Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Perempuan Dewasa.
Tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Perempuan Dewasa.
Juara Kategori Beliawanis mempersembahkan Tausyeh kemenangan.
Juara Kategori Beliawanis mempersembahkan Tausyeh kemenangan.

Sebanyak 32 kumpulan Tausyeh telah memperdengarkan bacaan dalam pertandingan itu, yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin.

Pertandingan itu diadakan sebagai wadah untuk menghidupkan syiar Islam melalui zikir Tausyeh, di samping untuk mencungkil bakat terpendam dalam kalangan ahli jawatankuasa takmir dan Muslimah, belia serta beliawanis masjid.