Higuain digantung empat perlawanan

Higuain digantung empat perlawanan

MILAN, 5 April (AFP) – Gonzalo Higuain menerima padah ketika Napoli tewas 3-1 kepada Udinese dengan menjalani penggantungan empat perlawanan Serie A, demikian laporan di Itali semalam.

Jika disahkan, Higuain, penjana kekuatan bagi usaha Napoli bagi menjulang gelaran pertama dalam tempoh 26 tahun, tidak akan beraksi dalam dua perlawanan yang paling sukar untuk aksi di gelanggang luar menentang Inter Milan dan Roma.

Laporan awal semalam menggambarkan aksi ganas Higuain menghampiri akhir perlawanan di Stadio Friuli pada Ahad lalu membolehkannya menerima penggantungan “minimum” tiga perlawanan.

Tetapi satu laporan kemudian yang menyusul dalam gazzetta.it menegaskan bahawa “ketua disiplin Gianpaolo Tosel (semalam) memberikan penggantungan empat perlawanan dan pengharaman satu perlawanan di garisan tepi kepada (jurulatih Napoli) Maurizio Sarri”.

Laporan tersebut menggambarkan Higuain diberikan peluang menerusi pengadil Massimiliano Irrati kerana tidak membuat surat penuh undang-undang dalam laporan perlawanannya. Jika usaha gelaran Napoli terjejas, kegilaan Higuain akan menjadi sebahagian daripada alasan untuk dipersalahkan.

Reaksi Higuain selepas dilayangkan kad merah semasa menentang Udinese di Stadium Friuli, 3 April lalu. – AFP
Reaksi Higuain selepas dilayangkan kad merah semasa menentang Udinese di Stadium Friuli, 3 April lalu. – AFP

Higuain menjaringkan 30 gol dalam liga pada kempen ini untuk menyamakan lima gol dari pemain penyerang AC Milan yang bersara, penjaring terbanyak 35 gol Gunnar Nordahl dalam perlawanan 20 pasukan dalam Serie A. Tetapi Udinese mendahului 3-1 pada minit ke-57 ketika ketegangan berlaku.

Selepas cabaran ke atas Felipe pada minit ke-75, Higuain diberikan amaran kedua yang mencetuskan layangan kad merah dan dia kehilangan plot.

Higuain berdepan Irrati, menolaknya dan berbalah tidak jauh dari muka pengadil. Selepas ditarik, dia kemudian ditenangkan oleh beberapa pemain ketika cuba untuk membantah pemain Udinese. Kekalahan tersebut menyaksikan Napoli ketinggalan enam mata dari pendahulu Juventus.

Penggantungan empat perlawanan akan menjejaskan peluang Napoli bagi merapatkan jurang dan menjulang gelaran pertama liga sejak Fiego Maradona beraksi dalam dua musim terakhir di kelab itu pada 1990.

ARTIKEL YANG SAMA