Higuain sarung jersi Juventus

Higuain sarung jersi Juventus

MILAN, 27 Julai – Gonzalo Higuain melengkapkan perpindahannya ke Juventus selepas juara Serie A itu dilaporkan bersetuju memenuhi klausa pembelian AS$104 juta untuk menyambar penyerang Napoli itu, semalam.

Juventus dan Napoli bagaimanapun belum membuat pengumuman rasmi. Berita itu hanya disiarkan dalam segmen perpindahan laman web rasmi Serie A www.seriea.it.

Bayaran perpindahan terbesar yang pernah direkodkan di antara kedua-dua kelab Serie A, penghijrahan Higuain ke Turin dengan perjanjian lima tahun telah disahkan oleh Juventus dua jam selepas perkara itu diterbitkan oleh bos liga Serie A di laman web rasmi mereka.

Dalam satu kenyataan itu, syarikat gergasi Turin berkata: “Kelab Bolasepak Juventus mengumumkan pembelian definitif Gonzalo Gerardo Higuain untuk 90 juta euro, dibayar dalam dua peringkat dalam 2016/2017 dan 2017/2018.

Napoli membayar AS$104 juta, klausa pembelian kontrak Higuain, selepas dia menjaringkan 36 gol pada saingan liga musim lalu. Namun, ia memerlukan beberapa minggu untuk Juventus akhirnya boleh mendapatkan penyerang Argentina berusia 28 tahun itu yang mana mereka percaya boleh membawa perbezaan dalam saingan Liga Juara-Juara.

Higuain memegang jersi kelab barunya ketika diperkenalkan di ibu pejabat Juventus di Turin, kelmarin. – AFP
Higuain memegang jersi kelab barunya ketika diperkenalkan di ibu pejabat Juventus di Turin, kelmarin. – AFP

Selepas rundingan beberapa minggu, Juventus hampir mendapat pengurangan 5 juta euro (AS$ 5.49) daripada harga yang diminta Napoli untuk menyambar penyerang berusia 28 tahun itu yang mereka percaya boleh membuat perbezaan antara kejayaan dan kegagalan dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Selepas meninggalkan pejabat Serie A, CEO Juventus Beppe Marotta tidak memberikan butiran ketika ditanya media yang menunggu, tetapi mengesahkan perpindahan itu dengan berkata: “Kami telah mendepositkan kontrak Higuain (dengan pegawai liga). Kami telah melengkapkan segala-galanya.”

Yuran perpindahan itu adalah ketiga tertinggi dalam sejarah perpindahan selepas Gareth Bale menyertai Real Madrid dari Tottenham Hotspur gengan jumlah 100.8 juta euro pada tahun 2013 dan Cristiano Ronaldo dari Manchester United ke kelab sama dengan bayaran 94 juta euro pada 2009. – AFP