Higuain terajui Napoli tewaskan Inter Milan

Higuain terajui Napoli tewaskan Inter Milan

MILAN, 1 Dis (AFP) – Gonzalo Higuan tampil hebat menyumbangkan dua gol ketika membantu Napoli membenam Inter Milan 2-1 untuk memintas kedudukan selaku pendahulu baharu Serie A.

Inter nyata terkejut selepas Yuto Nagatomo dilayangkan kad merah dan keputusan itu terus menghapuskan kelebihan dua mata ke atas tuan rumah yang dimiliki sebelum sepak mula.

Adem Ljajic merapatkan jurang gol tetapi dua jaringan Higuan meletakkan namanya selaku pendahulu senarai penjaring musim ini dengan 12 gol.

Higuain dalam aksinya berjaya menyudahkan dua gol ketika menentang Inter Milan. – Reuters
Higuain dalam aksinya berjaya menyudahkan dua gol ketika menentang Inter Milan. – Reuters

“Ia menjadi malam yang luar biasa. Saya gembira dengan penyokong dan pasukan ini. Saya fikir kami berhak mendapat kemenangan ini. Saingan musim ini masih jauh tetapi kita perlu ambil setiap peluang untuk terus berada di puncak,” kata Higuan.

Pengendali Inter, Roberto Mancini pula menyelar keputusan pegawai perlawanan yang menyifatkan kad kuning pertama tidak sepatutnya dilayangkan kepada Nagatomo. “Nagatomo tidak patut terima kad kuning pertamanya ketika Callejon nyata berlakon dikasari. Jika tiada kad merah, kami tidak akan kalah,” katanya.