Higuain tidak sabar beraksi bersama Juve

Higuain tidak sabar beraksi bersama Juve

TURIN, Itali, 29 Julai – Gonzalo Higuain membalas kritikan perpindahan kontroversinya ke Juventus ketika dia bersedia untuk mewajarkan perpindahannya yang bernilai 90 juta euro dengan membantu juara Itali itu memenangi seberapa banyak gelaran yang boleh.

“Dalam kehidupan, anda perlu membuat keputusan yang terbaik dan saya membuat keputusan saya sendiri dengan memilih pasukan Juventus,’ Higuain memberitahu ketika perhimpunan kecil media dalam pendedahan rasminya di Turin semalam.

‘Ia bukanlah mudah, dan saya perlu membincangkan buat masa yang lama bersama rakan dan projek yang mengujakan saya. Saya pasti kami boleh melakukan dengan baik dalam liga dan Liga Juara-Juara.

‘Saya tidak dapat sabar menunggu untuk menunjukkan apa yang boleh saya lakukan dan bersedia untuk memiliki musim yang hebat.”

Kurang dari sebulan sebelum bermulanya kempen liga, Juventus memberikan penumpuan bagi gelaran liga ketiga berturut-turut dan dua piala dalam semusim. – AFP

Higuain ketika tiba di Pusat Perubatan Juventus di Stadium Juventus, Turin semalam. Higuain tidak sabar beraksi bersama Juventus untuk membuktikan kebolehan yang dimilikinya. - AFP
Higuain ketika tiba di Pusat Perubatan Juventus di Stadium Juventus, Turin semalam. Higuain tidak sabar beraksi bersama Juventus untuk membuktikan kebolehan yang dimilikinya. – AFP