Higuain tundukkan pendahulu liga

Higuain tundukkan pendahulu liga

MILAN, 19 Okt – Gonzalo Higuain memberikan kebangkitan semula kepada Napoli dengan kemenangan 2-1 ke atas pendahulu Serie A, Fiorentina sementara Inter Milan terlepas peluang untuk mengungguli kedudukan apabila mereka terikat seri 0-0 kepada juara Juventus dalam persaingan Derby D’Italia semalam.

Higuain menjaringkan gol pada minit ke-75, dua minit selepas Nikola Kalinic menyamakan kedudukan bagi Fiorentina, dengan gol keenam liganya musim ini untuk memberikan tuan rumah kemenangan ketiga berturut-turut.

Lorenzo Insigne meletakkan Napoli di depan kurang seminit pada separuh masa kedua ketika mereka menyusul kemenangan 2-1 ke atas Juventus dan membenam AC Milan 4-0 dengan satu lagi persembahan menarik.

Marcelo Brozovic menggegarkan palang pada separuh masa pertama bagi Inter dan Sami Khedira menggegarkan satu lagi tiang gol pada separuh masa kedua bagi Juventus dalam perlawanan yang dipenuhi dengan sepakan bebas dan lapan layangan kad kuning di San Siro.

Higuain meraikan jaringannya ketika pasukannya menang menentang Fiorentina. - Reuters
Higuain meraikan jaringannya ketika pasukannya menang menentang Fiorentina. – Reuters

Pakej mengejutkan Sassulo mencatatkan satu lagi kemenangan apabila sepakan penalti kontroversi dihasilkan oleh Domenico Berardi dan jaringan rembatan jarak dekat Simone Missiroli yang membolehkan mereka memenangi 2-1 ke atas Lazio, yang mendapatkan hantaran dari Felipe Anderson. Fiorentina mendahului dengan 18 mata dari lapan perlawanan, satu mata di depan AS Roma, yang menewaskan Empoli 3-1 pada Sabtu lalu, dan Inter.

Napoli, Sassuolo dan Lazio berada di tangga keempat dengan 15 mata sementara Juve, juara bagi empat musim lalu, berada di tangga ke-19 dengan sembilan mata.

Genoa mengatasi Chievo 3-2 dengan jaringan minit akhir menerusi Pangaiotis Tachtsidis biarpun beraksi bagi 35 minit terakhir dengan 10 pemain selepas Blerim Demaili diarah meninggalkan padang. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA