Hilang Pedro tak dapat digambarkan

Hilang Pedro tak dapat digambarkan

TBILISI, 11 Ogos – Midfield Barcelona, Andres Iniesta enggan menggambarkan kemungkinan rakan sepasukan antarabangsa Sepanyol, Pedro Rodriguez memasuki hari–hari terakhirnya sebagai pemain Barca.

Pedro dikaitkan dengan penghijrahan ke Manchester United sebelum jendela perpindahan ditutup akhir bulan ini selepas menyaksikan peluangnya dalam pasukan pertama tertekan dengan ketibaan Neymar dan Luis Suarez dua musim yang lalu.

Namun pemain berusia 28 tahun itu bersedia untuk beraksi ketika Barca cuba untuk menambah Piala Super UEFA ke dalam koleksi trofi Liga Juara–Juara, La Liga dan Copa del Rey dari musim lalu menentang Sevilla hari ini selepas Neymar direhatkan selama dua minggu akibat tekanan kelenjar leher.

“Sehingga hari ini kami tidak memikirkan bahawa kami kehilangannya,” kata Iniesta menjelang perlawanan di ibu negara Georgia, Tbilisi. “Dia akan terus menjadi rakan sepasukan kami dan berada di sini untuk memenangi gelaran pertama (musim ini). Kami berharap sebagai rakan sepasukan dan seorang pemain, dia boleh terus bersama kami kerana dia seorang pemain bertaraf dunia.”

Pedro dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. – Reuters
Pedro dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. – Reuters

Dani Alvez menolak peluang untuk membuat perpindahan dari Barcelona ke Old Trafford awal musim panas ini selepas melanjutkan kontrak dua tahun lagi bersama juara Eropah itu dan berkata dia faham jika Pedro tertarik dengan tawaran menguntungkan dari pasukan Liga Perdana itu.

“Itu adalah keputusan dan apa yang dirasakannya. Jika dia kekal, kami akan gembira dan jika dia pergi pun, kami perlu menghormati keputusannya,” tambah pemain dari Brazil itu.

Sama ada pemenang Piala Dunia dan juara Eropah itu mahu kekal atau pergi, dengan Barca tidak dapat mengambil pemain baru sehingga Januari, bos Barca, Luis Enrique mengharapkan jendela perpindahan ditutup.

“Sama seperti mana–mana jurulatih lain untuk bersama semua pemain sepanjang musim. Kami sudah bercakap mengenai Pedro dan terdapat penyelesaian kerana pasaran akan ditutup,” katanya. – AFP