Hilang sejak 16 Ogos

Hilang sejak 16 Ogos

pg01_150825_c

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga emas perempuan berbangsa Melayu yang dilaporkan hilang sejak 16 Ogos lalu dan sehingga hari ini belum balik.

Dalam satu kenyataan hari ini polis berkata, laporan mengenai Musbah binti Mohamad, 70 (gambar), yang beralamat PWD 283 KM2, Kampung Parit, Jalan Tutong, telah dibuat di Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan pada 19 Ogos 2015.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai warga emas berkenaan supaya menghubungi pegawai jenayah Daerah Polis Brunei di talian 2242334 sambungan 132, 148, 142 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA