Hilang tempat tinggal

Hilang tempat tinggal

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 28 Sept – Seorang lelaki kehilangan tempat tinggal apabila rumahnya ranap dijilat api dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi di Kampung Tunggulian Sungai Liang, di sini.

Menurut Balai Bomba Sungai Liang, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2:36 pagi dan telah mengerahkan tiga buah jentera bomba berserta 18 orang anggota bomba yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Awang Erang anak Japang.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, sebaik sahaja pasukan bomba berkenaan tiba di tempat kejadian api telah membakar keseluruhan rumah dua tingkat berkenaan yang beratap spandek, lantai dan dinding papan, tiang konkrit, bahagian bawah berdinding ply wood, gypsum board dan lantai konkrit.

Api telah dapat dikawal dalam masa sepuluh minit, dan menurut bomba, punca kebakaran itu adalah meragukan serta telah mengakibatkan kerugian kira-kira $72,800.

Semasa ketibaan anggota bomba dan penyelamat ke tempat kejadian awal pagi kelmarin, rumah tersebut sudah terbakar keseluruhannya.
Semasa ketibaan anggota bomba dan penyelamat ke tempat kejadian awal pagi kelmarin, rumah tersebut sudah terbakar keseluruhannya.
Keadaan selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dan penyelamat.
Keadaan selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba dan penyelamat.

Pemilik rumah terbabit, Awang Alias bin Haji Ajak, 34, memberitahu Media Permata, semasa kejadian, dia tidak ada di rumah, kerana keluar bersama kawannya pada kira-kira pukul 12:00 tengah malam. Rumah tersebut milik arwah ayahnya yang telah dibina pada tahun 1989, menurutnya, sebelum ini rumah berkenaan disewakan dan telah mengambil alih untuk tinggal di rumah itu sejak lebih seminggu lalu.

Awang Alias, yang masih bujang, semasa dihubungi memberitahu pada masa ini, dia terpaksa tinggal di bahagian bawah rumah itu yang tidak terkena api, buat sementara waktu kerana tidak mahu menyusahkan sanak saudaranya untuk tinggal menumpang.

Beliau yang sebelum ini bekerja di luar pantai dengan sebuah syarikat swasta, telah berhenti kerana mengalami masalah kesihatan dan kini tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

ARTIKEL YANG SAMA