Hilary tuduh pencabarnya tidak adil

Hilary tuduh pencabarnya tidak adil

NEW YORK, 4 Feb – Hillary Clinton membidas pencabarnya dari parti Demokratik semalam, dengan menuduh Bernie Sanders tanpa adil cuba memonopoli liputan progresif tetapi mengakui banyak kerja yang harus dilakukannya untuk memenangi hati para pengundi muda.

“Saya seorang yang progresif yang ingin menyelesaikan segala perkara,” dia memberitahu pada pertemuan di dewan bandar di Derry, New Hampshire, yang mana dia berjuang menentang dominan Sanders dalam tinjauan pendapat setempat sebelum pilihan raya kecil negeri minggu depan.

“Saya bagaimanapun hari ini terhibur mendengarkan Senator Sanders menetapkan dirinya sendiri sebagai pengawal bagi definisi apakah itu progresif,” katanya rangkaian berita televisyen CNN, menjadi pihak tengah bagi acara itu.

“Saya tidak fikir ia membantu Senator untuk membuat perbandingan seumpama itu kerana jelas kita semua berkongsi banyak harapan sama dan juga aspirasi bagi negara kita,” tambahnya lagi.

Bekas setiausaha negara yang tenang dan yakin itu menjawab soalan dari para pengundi selepas meraih kemenangan tipis dalam sejarah kokus Iowa dengan 49.8 peratus undi berbanding 49.6 yang diraih Sanders.

Hilary Clinton ketika berucap di depan penyokong-penyokongnya bagi kempen parti Demokratik. – Reuters
Hilary Clinton ketika berucap di depan penyokong-penyokongnya bagi kempen parti Demokratik. – Reuters

Kurang menyenangkan bagi Clinton dalam undi pertama kempen panjang 2016, ialah kemenangan Sanders dikalangan para pengundi Demokratik berusia 17 hingga 29 tahun, yang telah memberikannya undi 84 peratus mereka.

“Itu mengagumkan,” katanya apabila ditanya oleh wartawan CNN Anderson Cooper tentang sokongan majoriti Sanders dalam kalangan orang muda di Iowa.

“Saya menerima hakikat bahawa banyak kerja yang mesti dilakukan untuk menyampaikan apakah maksud saya, kejayaan apa yang telah saya capai, apa yang ingin saya lakukan untuk orang muda di negara kita,” katanya lagi.

“Itu tidak semestinya untuk diri saya, saya akan menjadi untuk mereka,” katanya dengan menerima tepukan sorak. – AFP