Hilir kinabatangan berpotensi jadi kawasan mapan

Hilir kinabatangan berpotensi jadi kawasan mapan

SANDAKAN, 8 Sept – Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) akan mewujudkan satu polisi untuk dipatuhi pengusaha pelancongan bagi menjadikan Hilir Kinabatangan sebagai kawasan mapan untuk generasi masa depan.

Presiden KiTA, Alexander Yee berkata polisi yang akan diwujudkan itu berdasarkan hasil dapatan tinjauan oleh Prof Madya Dr David Newsome dan Dr Kate Rodger dari Universiti Murdoch, Australia, mengenai pengalaman dan persepsi pelawat terhadap persekitaran pelancongan Sungai Kinabatangan.

Katanya tinjauan itu dilaksanakan pada Ogos tahun lepas dan dapatannya diumumkan oleh dua pakar tersebut pada Seminar Tinjauan Pelawat Pelancongan Hidupan Liar di sini, hari ini.

Menurutnya, tinjauan itu atas inisiatif seorang ahli KiTA Albert Teo membabitkan 346 pelancong yang tinggal di lapan rumah penginapan di Hilir Kinabatangan.

“Hasil dapatan tinjauan ini sangat penting kepada KiTA berasaskan data akademik untuk merangka satu polisi bagi menjadikan Hilir Kinabatangan kawasan mampan untuk generasi masa depan,” katanya kepaqda pemberita selepas seminar itu. – Bernama