Hina kerabat diraja, lelaki dipenjara setahun

Hina kerabat diraja, lelaki dipenjara setahun

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Seorang lelaki Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara satu tahun hari ini selepas dia mengakui 14 tuduhan menghina kerabat diraja di negara itu, lapor media tempatan.

Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, buruh berusia 19 tahun, telah menyiarkan komen menghina ke atas kerabat diraja di negeri selatan Johor antara Mac dan April dalam Facebook, menurut New Straits Times.

Dia didakwa di bawah undang-undang multimedia negara. Ia tidak jelas apa bentuk hinaan yang dikemukakan.

Dia juga dikatakan membuat komen tentang skandal rasuah Perdana Menteri Najib Razak. – AFP

Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakir,19, dihukum penjara selama setahun atas kesalahan membuat komen bersifat jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar.  – Bernama
Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakir,19, dihukum penjara selama setahun atas kesalahan membuat komen bersifat jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA