Hingis pilihan utama acara regu

Hingis pilihan utama acara regu

LONDON, 29 Jun (AFP) – Martina Hingsi menyokong usaha Serena Williams untuk menyelamatkan kalendar Grand Slam dengan berkata pemain nombor satu dunia itu mungkin lebih bersemangat untuk memenangi gelaran Wimbledon kali ini.

Dengan persaingan tenis ketiga tahun ini sedang dijalankan hari ini, Hingis berkata Williams seharusnya lebih fokus bagi peluang keemasannya untuk memenangi kesemua empat gelaran Grand Slam, Wimbledon, Terbuka Australia, Perancis dan AS.

Bintang dari Swtizerland itu yang juga pemenang Grand Slam lima kali, hampir mencapai penguasaan bersih kalendar pada 1997 jika tidak tewas dalam Terbuka Perancis.

Williams, 33, memenangi empat gelaran serentak pada 2002-2003 tetapi bagi kesemua 20 mahkota Grand Slam, beliau tidak pernah memenangi kesemua empat gelaran daripada musim yang sama.

Hanya Maureen Connolly (1953), Margaret Court (1970) dan Steffi Graf (1988) mencapai kejayaan itu.

Hingis (kiri) berpasangan dengan Sabine Lisicki dalam acara regu tahun lepas. – Reuters
Hingis (kiri) berpasangan dengan Sabine Lisicki dalam acara regu tahun lepas. – Reuters

Juara lima kali Wimbledon, Williams tewas pada pusingan keempat dan ketiga dalam dua kemunculan lalunya di All England Club, yang dirasakan Hinggis akan memberikan motivasi kepada semua pemain AS.

Hinggis dan Williams adalah dari vintaj yang sama. Tahun ini menandakan 20 tahun sejak Hinggis membuat kemunculan pertamanya dalam perseorangan Wimbledon pada usia 14 tahun.

Kekuatan dan tenaga Williams dan kakak sulungnya Venus ketika mereka mendominasi tenis dari tahun 2000 dan seterusnya membayangi persaingan mantap Hingis.

Selepas kembali daripada persaraan lebih awal, Hingis mendapati masih ada harapan untuk berada di tangga teratas dalam acara beregu.

ARTIKEL YANG SAMA