Hirisan jari ditemui dalam mi, pengedar mohon maaf

Hirisan jari ditemui dalam mi, pengedar mohon maaf

TOKYO, 13 Okt – Seorang budak yang sedang menjamu mi di restoran Jepun popular mendapati beberapa bahan tambahan dalam mangkuk – iaitu potongan jari, kata seorang pegawai kesihatan hari ini.

Seorang pelanggan wanita mengadu kepada kakitangan disana apabila anaknya menemui penemuan ngeri pada mi ‘ramen’ di sebuah kedai yang dikendalikan oleh Kourakuen Holdings di tengah kota Jepun, Shizuoka, bulan lalu.

Ia ternyata adalah seketul ‘kuku dengan kulit yang tebal’, menurut Masashi Goto, seorang pegawai tempatan yang bertanggungjawab memeriksa kebersihan makanan.

“Kami memahami ia adalah sebahagian daripada jari,” katanya kepada AFP melalui telefon, sambil menambah bahawa hujung jari itu adalah kira-kira satu sentimeter (0.4 inci) lebar dan 7-8 milimeter panjang.

Pengendali kedai itu telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada Pejabat Kesihatan dan berikrar untuk memastikan kejadian yang sama tidak berlaku lagi, katanya.

Seorang pegawai di Kourakuen Holdings, yang mengendalikan rangkaian mi ‘ramen’ kepada restoran-restoran di negara itu, berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pekerja dapur perempuan sengaja memotong ibu jarinya semasa menghiris bahagian daging babi.

Syarikat itu berkata ia telah memohon maaf kepada pelanggan tersebut dan menambah bahawa apa yang telah ditemui dalam mangkuk itu bukan jari tetapi hanya ‘kuku’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA