Hiroshima cuba hentikan ‘aliran’ River

Hiroshima cuba hentikan ‘aliran’ River

OSAKA, Jepun, 16 Dis (AFP) – River Plate dari Argentina dijangka menghantar Sanfrecce Hiroshima pulang daripada perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab di Osaka hari ini walaupun taktik pasukan juara Jepun itu pasti menjejaskan mereka.

“Kami akan cuba mengecewakan mereka,” pengurus Hiroshima, Hajime Moriyasu memberitahu wartawan semalam. “Kami perlu mencuba dan menghalang mereka untuk memenanginya. Segalanya boleh berlaku dalam bola sepak. Kemenangan adalah pencapaian besar kami.”

Hiroshima akan berusaha bangkit selepas mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas pasukan Mazembe dari Congo pada suku akhir hujung minggu lalu.

“Kami menjaringkan lebih banyak gol berbanding mana-mana pasukan dalam Liga-J dan bolos sedikit,” kata Moriyasu. “Kami akan bersedia bagi persaingan itu.

Tetapi pasukan Moriyasu dilihat bakal menyedari pemegang Piala Libertadores itu amat kuat apabila mereka bersaing menghadapi pasukan pilihan, Barcelona atau juara Asia, Guangzhou Evergrande dalam perlawanan akhir di Yokohama, 20 Disember ini.

Moriyasu (kanan) berusaha untuk memastikan agar anak buahnya berjaya mengekang kemaraan River Plate dalam Piala Dunia Kelab. – Reuters
Moriyasu (kanan) berusaha untuk memastikan agar anak buahnya berjaya mengekang kemaraan River Plate dalam Piala Dunia Kelab. – Reuters

River Plate memenangi Piala Intercontinental, pasukan kedua dalam Piala Dunia Kelab, dengan menewaskan Steaua Bucharest 1-0 di Tokyo pada 1986. Mereka akan menerima sokongan padu dari sekitar 15,000 penonton yang membuat kunjungan dari Buenos Aires.

“Hiroshima beraksi dengan bagus,” kata jurulatih latih River, Marcelo Gallardo yang digelar ‘The Doll’ di Argentina kerana badannya yang kurus. “Mereka bersedia untuk berdepan risiko dan dilihat melakukan serangan dan menjaringkan gol.

“Tetapi kami akan cuba untuk beraksi secara bijak dengan semangat tinggi,” tambahnya. “Jika kami bermain dengan bijak dan memberikan tekanan, kami boleh mendapatkan kelebihan.”

Barcelona masih lagi menjadi pilihan untuk menjadi pasukan pertama memenangi Piala Dunia Kelab untuk kali ketiga. Tetapi Gallardo baru-baru ini menerima penghormatan daripada bintang Barca, Lionel Messi, yang menggambarkannya sebagai ‘jurulatih bijak’.

ARTIKEL YANG SAMA