HIV terkawal di Brunei

HIV terkawal di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Negara Brunei Darussalam masih mengekalkan kadar rendah dalam jangkitan HIV sejak kes tempatan pertama dilaporkan pada 1986 dan sejak itu, negara ini telah mengesan 110 kes dalam kalangan rakyat dan penduduk tetap.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (kiri) bagaimanapun berkata, meskipun jumlah yang rendah, insiden-insiden kes baru telah meningkat sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Katanya, ia mungkin kerana peningkatan kesedaran mengenai perlunya bagi ujian jangkitan HIV dan pertukaran paten dalam tabiat mementingkan kesihatan dalam komuniti.

“Daripada jumlah 110 kes tersebut, 38 daripadanya adalah kes yang baru dilaporkan pada 2012 sehingga 2014. Pada 2015, sehingga kini, 24 kes baru HIV telah dilaporkan,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia 2015 dengan tema Menuju Sifar (Getting to Zero).

Hari AIDS Sedunia disambut setiap tahun pada setiap 1 Disember untuk menegaskan komitmen bagi mencegah dan mengawal jangkitan HIV dan AIDS.

pg01_151201_b

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain berkata, bagi kita di Negara Brunei Darussalam, ia adalah satu peluang untuk mengkaji semula perkembangan kita, mengenal pasti cabaran-cabaran yang berterusan, dan memastikan cara untuk mencapai aspirasi kita terhadap jangkitan sifar, diskriminasi sifar dan sifar kematian berhubung kait dengan AIDS.

Pada kali pertama Hari AIDS Sedunia pada 1988, tidak terdapat sebarang rawatan pilihan bagi orang yang dijangkiti HIV, dan AIDS selalu membawa maut. Hari ini, kecanggihan dalam rawatan perubatan bermakna ujian HIV sekarang adalah satu keadaan perubatan yang dapat dikawal.

Secara global, ujar beliau, jumlah orang baru yang dijangkiti HIV atau yang maut akibat penyakit berkaitan AIDS semakin berkurangan. Program Bersama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai HIV/AIDS (UNAIDS) menganggarkan bahawa terdapat 36.9 juta orang dijangkiti HIV pada 2014, di mana 2 juta adalah jangkitan baru HIV, penurunan 35 peratus sejak tahun 2000.

“Jumlah orang yang maut akibat penyakit yang berhubung kait dengan AIDS juga kian berkurang manakala kematian yang berhubung kait AIDS menurun sebanyak 42 peratus dalam tempoh 10 tahun.”

Menurut beliau lagi, seperti juga paten penyakit yang dilihat di negara lain di rantau dan serentak dengan peningkatan dalam jangkitan baru HIV di Brunei Darussalam, jangkitan dari seksual, terutamanya chlmydia dan gonorrhoea, juga meningkat sejak sedekad lalu di Brunei Darussalam.

Pemantauan berterusan Kementerian Kesihatan menunjukkan perubahan daripada jangkitan menerusi seksual, termasuk HIV, daripada hubungan heteroseksual kepada sikap seksual berisiko tinggi yang lain.

Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain berkata, bukti saintifik global menunjukkan bahawa jangkitan HIV berhubung kait dengan sikap berisiko tinggi seperti lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki (MSM) dan transgender (TG); orang yang mengamalkan hubungan seks dengan ramai pasangan; dan individu yang menyalahgunakan suntikan dadah dan berkongsi jarum suntikan.

Kunci untuk menangani masalah jangkitan HIV di negara ini, adalah penduduk secara aktif terlibat dalam kesihatan dan kesejahteraan mereka sendiri. Pendidikan kesihatan untuk mengehadkan faktor-faktor berisiko seperti sikap seksual yang berisiko tinggi dan penggunaan perubatan intravena adalah barisan pertama bagi menentang jangkitan HIV.

Dalam Islam, kepentingan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga termasuk hubungan seksual yang lebih sihat lebih menekankan bertindak sebagai ideal di mana setiap individu harus mencapainya, bukan hanya bagi kerohanian mereka tetapi juga kesihatan fizikal dan kesejahteraan mereka. Ini selaras dengan aspirasi Negara Brunei Darussalam untuk menjadi Negara Zikir yang memegang Ahli Sunnah Wal-Jama’ah dan tradisi toleransi, belas kasihan dan keharmonian sosial.

Individu-individu yang berisiko dijangkiti HIV digalakkan untuk melakukan ujian HIV. Ini adalah ujian perubatan rutin yang sama kepada pemeriksaan lain seperti tahap kolesterol atau paras gula. Individu yang mahu maklumat lebih lanjut mengenai HIV digalakkan untuk berjumpa dengan doktor mereka.

Di bawah Akta Penyakit Berjangkit Bab 24, jika seseorang diuji positif bagi HIV, status individu tersebut akan dirahsiakan dan tidak akan didedahkan tanpa keizinan daripada individu terbabit.

Orang yang dijangkiti HIV perlu menerima rawatan yang sesuai secepat mungkin dan secara berterusan disokong dalam rawatan perubatan mereka, bukan hanya membantu mereka untuk mencegah komplikasi teruk jangkitan dan mengekalkan kualiti kehidupan mereka tetapi juga mengurangkan ancaman jangkitan kepada orang di sekeliling mereka.

Selain daripada tanggungjawab sendiri individu dan komitmen untuk menjaga kesihatan mereka, adalah penting bagi mana-mana isu kesihatan ditangani dari kedudukan yang meluas.

Kementerian Kesihatan menilai hubungan kerja yang kuat dan kerjasama di antara pihak-pihak berkepentingan dalam mendidik orang ramai terutamanya para belia.

Kementerian Kesihatan, menerusi Pusat Promosi Kesihatan (HPC) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor-sektor awam.

Usaha bersama telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran terhadap HIV dan AIDS. Masih terdapat tugas yang diperlukan bagi sama-sama menangani stigma yang menyelubungi ujian HIV dan diskriminasi terhadap mereka yang dijangkiti HIV. Bekerjasama dengan rakan, kita boleh mencapai tujuan universal terhadap sifar jangkitan, sifar diskriminasi dan sifar kematian berhubungkait AIDS. Mari kita jadikan kesihatan sebagai kepentingan semua orang untuk memastikan negara menghampiri Wawasan 2035 Brunei dalam mencapai kualiti kehidupan yang tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA