HK bunuh ribuan ayam bimbang dijangkiti flu

HK bunuh ribuan ayam bimbang dijangkiti flu

HONG KONG, 7 Jun – Hong Kong membunuh 4,500 ekor ayam hari ini selepas virus selesema burung H7N9 ditemui dalam seekor ayam di pasar tempatan.

Pegawai kesihatan dalam sut hazmat putih dan topeng membuang ayam ke dalam tong plastik hijau di sebuah pasar borong haiwan ternakan di tengah Hong Kong pada pagi ini. Tong berkenaan seterusnya dipam dengan karbon dioksida untuk membunuh ayam tersebut.

Hong Kong mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya terhadap penyebaran virus selepas Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) melanda bandar berkenaan pada tahun 2003, membunuh 299 orang dan menjangkiti kira-kira 1,800 orang.

Kebimbangan selesema burung dalam tempoh dua tahun lalu telah melihat pembunuhan 20,000 ayam di Hong Kong. Seorang jurucakap untuk Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan berkata pembunuhan terbaru termasuk ayam dan burung merpati.

Perniagaan haiwan ternakan hidup juga telah digantung selepas pihak berkuasa berkata pada Sabtu virus selesema burung ditemui dalam sampel najis yang diambil daripada seekor ayam di sebuah pasar di Tuen Mun, kawasan di barat Hong Kong.

Menteri kesihatan bandar Ko Wing-man berkata bandar itu tetap mengambil langkah ‘tetap’ terhadap penyakit berjangkit apabila beliau mengumumkan pembunuhan lewat semalam.

H7N9 amat membimbangkan pihak berkuasa kerana ia bukan sahaja membunuh ayam yang dijangkiti atau menyebabkan mereka menunjukkan gejala, yang membenarnya merebak tanpa dikesan sehingga sentuhan dilakukan dengan manusia.

Kebanyakan kes jangkitan manusia H7N9 telah pun dikaitkan dengan sentuhan langsung atau tidak langsung dengan haiwan ternakan yang hidup atau mati, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Jangkitan manusia akibat virus H7N9 pertama dilaporkan di China pada 2013. Virus itu boleh mengakibatkan penyakit pernafasan serius dan telah membawa kepada kematian. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA