HK siap sedia hadapi taufan

HK siap sedia hadapi taufan

HONG KONG, 9 Julai (AFP) – Tiga taufan berpusar-pusar di luar pantai China dan Jepun hari ini dengan yang pertama dijangka akan melanda terus ke Hong Kong ketika bandar dengan penduduk seramai tujuh juta itu bersiap sedia untuk menghadapi ribut tersebut.

Taufan Linfa, membawa kelajuan angin maksimum kira-kira 130km sejam berhampiran pusatnya, berada di sekitar 200km timur laut Hong Kong pada awal petang hari ini dan dijangka akan melanda semalaman.

Taufan terkuat, Chan-hom, dengan membawa kelajuan angin 140km sejam, meluru ke pantai utara Taiwan hari ini dan dijangka akan membuat turunan hujan di timur China pada Sabtu, berhampiran bandar-bandar pantai Wenzhou dan Taizhou.

Taufan ketiga, Nangka, pada masa ini berada di utara Guam, Lautan Pasifik, menuju ke arah pantai tenggara Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun, namun dijangka tidak akan membuat turunan dalam masa lima hari.

Seorang wanita berdepan dengan angin kuat tatkala taufan Linfa menghampiri. – AFP
Seorang wanita berdepan dengan angin kuat tatkala taufan Linfa menghampiri. – AFP

Pusat Balai Cerap Hong Kong dijangka akan meningkatkan signal ribut ‘T8’ – yang ketiga tertinggi – pertengahan petang hari ini yang akan menutup pasaran saham, sekolah-sekolah dan perniagaan.

Tadika-tadika juga telah ditutup dan pelabuhan kontena dijangka akan ditutup, dengan lapangan terbang bandar itu memberi amaran penerbangan mungkin akan terjejas.

“Menurut ramalan terkini, Linfa dijangka akan mendekat ke Hong Kong malam ini dan pagi esok serta menunjukkan ancaman kepada Hong Kong,” menurut balai cerap dalam laman webnya.

Imej televisyen menunjukkan ombak kuat melanda pantai bandar-bandar di pantai timur Guangdong, wilayah China, ketika ribut itu melintasi dalam laluannya ke Hong Kong.

ARTIKEL YANG SAMA