HLIB Research kekalkan saranan ‘beli’ DiGi

HLIB Research kekalkan saranan ‘beli’ DiGi

KUALA LUMPUR, 25 April – Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas DiGi.Com Bhd, walaupun syarikat itu mencatatkan prestasi yang rendah dalam tempoh suku pertama tahun ini.

Keuntungan sebelum cukai DiGi.Com Bhd susut kepada RM533.6 juta pada suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac, 2016, berbanding RM626 juta yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil merosot kepada RM1.65 bilion berbanding RM1.79 bilion.

Digi mengumumkan dividen interim pertama dikecualikan cukai (satu tingkat) 5.1 sen sesaham dengan pembayaran 100 peratus.

HLIB berkata walaupun musim yang lebih lemah ekoran saingan sengit, DiGi mencatatkan penurunan tahun ke tahun yang lebih rendah, malah dalam persekitaran pasca Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Prestasi pasca bayar Digi meningkat dengan rekod pertumbuhan 6.9 peratus tahun ke tahun disebabkan rangkaian data dan pelan baharu. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA