HLISB menang anugerah

HLISB menang anugerah

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) baru-baru ini memenangi anugerah ‘The Asset Triple A Islamic Finance 2015’ bagi bank terbaik dalam inovasi digital.

Sejak kebelakangan ini, HLISB telah secara aktif meningkatkan fokusnya di dalam perbankan digital dan anugerah tersebut mengiktiraf keseluruhan strategi dalam usaha pendigitalan operasi perbankan, kata bank itu dalam satu kenyataan.

eXPRESS REMIT merupakan salah satu penyelesaian inovatif yang telah diperkenalkan.

Ia menyediakan penghantaran tunai secara mudah dari Malaysia ke Indonesia dan yang pertama di negara ini yang menggunakan terminal layan diri untuk penukaran dan pengiriman wang.

Awal tahun ini, HLISB juga melancarkan konsep cawangan baharu di kawasan pejalan kaki yang padat dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan infrastruktur berteknologi tinggi seperti skrin sentuhan, iPad dan persidangan video masa nyata bagi mengukuhkan lagi platform perbankan digital.

Anugerah ‘The Asset Triple A’ diberikan sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangan dalam industri di Asia dan dibina di atas metodologi dan tatacara yang ketat bagi memilih pemenang. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA