HLTF selesai draf visi Komuniti ASEAN

HLTF selesai draf visi Komuniti ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Sebuah Pasukan Petugas Peringkat Tinggi ASEAN (HLTF) yang ditubuhkan Januari lalu, berjaya menyelesaikan tugas mendraf visi pasca 2015 bagi Komuniti ASEAN, dalam mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat ASEAN, visi berkenaan akan mencartakan laluan bagi tempoh dekad seterusnya bagi mempertingkatkan dan mengukuhkan Komuniti ASEAN serta merealisasikan ASEAN yang bersatu padu dari segi politik, ekonomi berintegrasi dan berpemedulian serta berpaksikan dan menumpukan kepada rakyat serta mematuhi peraturan, selaras dengan deklarasi yang dibuat oleh para pemimpin ASEAN semasa sidang kemuncak di Nay Pyi Taw, Myanmar, November tahun lalu.

HLTF, yang merangkumi perwakilan-perwakilan kanan dari setiap negara anggota ASEAN dan kakitangan dari Sekretariat ASEAN, telah mengadakan 10 mesyuarat untuk membincangkan dan merangka visipasca 2015 ini, dengan prosesnya melibatkan konsultasi-konsultasi dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk beberapa pertubuhan awam dan perwakilan daripada kumpulan pemikir.

Pasukan HLTF yang dianggotai perwakilan dari negara-negara anggota ASEAN.
Pasukan HLTF yang dianggotai perwakilan dari negara-negara anggota ASEAN.

Menurut kenyataan itu lagi, mesyuarat ke-10 HLTF di Kuala Lumpur bermula 2 Oktober lalu hingga hari ini telah memuktamadkan draf visi berkenaan yang merangkumi lima dokumen iaitu Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Visi Komuniti ASEAN 2025, dan tiga rangka tindakan yang meliputi Komuniti Politik-Sekuriti, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosiobudaya.

Draf ini akan diserahkan kepada menteri-menteri ASEAN bagi pengesahan dan kemudian dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang akan diadakan di Kuala Lumpur dari 20 hingga 22 November.

HLTF dipengerusikan oleh perwakilan dari Malaysia, Datuk Hsu King Bee, dan turut serta dalam mesyuarat terakhir berkenaan ialah Pengerusi Kumpulan Kerja Integrasi Ekonomi HLTF, Datuk Ravidran Palaniappan; Datuk Seri Dr. Victor Wee Eng Lye yang mengetuai Kumpulan Sosiobudaya HLTF serta para perwakilan lain ke HLTF bersama delegasi mereka termasuk dari Brunei Darussalam yang diwakili oleh Ketua Pengarah ASEAN, Jabatan ASEAN, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab.

ARTIKEL YANG SAMA