H&M perbaiki keadaan di kilang India, Kemboja

H&M perbaiki keadaan di kilang India, Kemboja

NEW DELHI, 22 Mei (Reuters) – Syarikat fesyen Sweden, Hennes & Mauritz (H&M) mengatakan ia sedang bekerjasama dengan kesatuan perdagangan, kerajaan dan juga PBB untuk memperbaiki keadaan pekerja selepas satu kajian mendapati pencabulan dalam kilang pembekalan pakaian di India dan Kemboja.

Kajian oleh Asia Floor Wage Alliance (AFWA) mendapati pekerja yang menjahit pakaian bagi H&M dalam kilang-kilang di Delhi dan Phnom Penh berhadapan masalah seperti gaji rendah, kontrak berterma tetap, kerja lebih masa paksaan dan dibuang kerja jika hamil.

AFWA, pakatan kesatuan perdagangan dan kumpulan hak asasi buruh, menuduh peruncit mewah barat itu gagal dalam komitmennya untuk memperbaiki keadaan di rangkaian bekalannya. Seorang pegawai dari H&M memberitahu Reuters semalam bahawa firma fesyen itu sedang bekerja keras untuk memperbaiki kehidupan pekerja tekstil selama bertahun-tahun.

“Laporan membangkitkan isu penting dan kami berusaha keras untuk menyumbang kepada pembangunan positif jangka panjang bagi orang-orang yang bekerja dalam industri tekstil dalam pasaran sumberan kami,” kata Therese Sundberg dari jabatan media dan perhubungan H&M.

ARTIKEL YANG SAMA