HNA China pajak pesawat berjumlah AS$10 bilion

HNA China pajak pesawat berjumlah AS$10 bilion

BEIJING, 7 Okt – Konglomerat HNA China akan membeli pesawat perniagaan CIT Group Inc berpangkalan di AS sekitar AS$10 bilion, pemerolehan terkini dalam pembelian asing syarikat China.

HNA – yang dikenali sebagai induk Hainan Airlines – telah melakukan pembelian antarabangsa dalam beberapa bulan kebelakangan, sebagai sebahagian daripada gelombang syarikat China beralih kepada pelaburan luar negara ketika ekonomi kedua terbesar dunia itu berdepan kemelesetan domestik.

Perjanjian itu akan menyaksikan subsidiari HNA, Avolon Holdings menambah 910 buah pesawat lagi bernilai lebih AS$43 bilion kepada armadanya, menjadikan ia syarikat pajakan pesawat udara ketiga terbesar di du-nia, lapor Bloomberg News.

“Transaksi itu secara strategiknya amat menarik dan akan menggandakan skala Avolon,” kata CEO Avolon, Domhnal Slattery dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Berikutan perjanjian itu, Avolon, yang berpangkalan di Ireland dan Hong Kong akan memiliki 561 pesawat dalam perkhidmatan dan tambahan 349 tempahan dan komitmen, menurut kenyataan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA