Ho Chi Minh bantu penagih jalani Detoksifikasi

Ho Chi Minh bantu penagih jalani Detoksifikasi

BANDARAYA HO CHI MINH, 21 Mac (Bernama) – Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam memperuntukkan lebih AS$56 untuk membantu penagih dadah menjalani proses Detoksifikasi (mengeluarkan bahan toksik dadah daripada tubuh penagih), kata pihak berkuasa perbandaran hari ini.

Menurut agensi berita China, Xinhua, penagih dadah yang menjalani proses itu secara sukarela di rumah sendiri, diberikan bantuan kewangan AS$17.8 untuk membolehkan mereka menjalani proses detoksifikasi lengkap.

Penagih yang menjalini pemulihan di pusat detoksifikasi awam di bandar raya itu pula akan menerima AS$56.

Pada akhir tahun 2015, menurut Jabatan Tenaga Kerja, Kurang Upaya dan Hal Ehwal Sosial perbandaran, terdapat 12,065 penagih dadah di bandar raya itu dan seramai 7,515 daripadanya menjalani pemulihan di pusat detokfikasi awam.