Hodgson letak jawatan

Hodgson letak jawatan

NICE, France, 28 Jun (AFP) – Dalam menghadapi aib Euro 2016 England di tangan Iceland, Roy Hodgson nampaknya telah meninggalkan prinsip-prinsip yang telah dibangunkan sepanjang kerjayanya.

Hodgson, 68, meletak jawatan sebagai pengurus semasa sidang media di Stade de Nice beberapa minit selepas kekalahan 2-1 pasukannya kepada Iceland pada pusingan 16 terakhir semalam untuk kekalahan ketiganya dalam kejohanan terbesar.

Walaupun berjaya membina reputasi England sebagai pasukan yang teratur pertahanannya, pasukan beliau terbukti cuai pada benteng dan tidak teratur dalam serangan sehingga mencetuskan kritikan daripada para pemerhati.

“Roy telah membina pasukan bersama-samanya,” kata bekas kapten England, Alan Shearer Said memberitahu BBC. “Ia satu persembahan paling teruk pernah saya lihat dari pasukan England. Mereka hilang fikiran, hilang persaingan, hilang perjuangan. Langsung tiada harapan.”

Dengan pasukannya ketinggalan 2-1 pada separuh masa kepada Iceland – sebuah negara dengan 330,000 penduduk dengan hanya 100 pemain bola sepak profesional – respons Hodgson adalah memanggil pasukan berkuda.

Hodgson meletak jawatan selepas The Three Lions diaibkan oleh pasukan kerdil pada pusingan 16 terakhir Euro 2016 di stadium Allianz Riviera, Nice kelmarin. – AP
Hodgson meletak jawatan selepas The Three Lions diaibkan oleh pasukan kerdil pada pusingan 16 terakhir Euro 2016 di stadium Allianz Riviera, Nice kelmarin. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Jack Wilshere, Jamie Vardy dan, pada babak akhir, penyerang remaja Manchester United Marcus Rashford memasuki pertarungan. England menurunkan empat penyerang.

Usaha itu membuahkan hasil menentang Wales pada peringkat kumpulan, di mana Vardy dan Daniel Sturridge turun dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 tetapi menentang Iceland, England benar-benar ketandusan idea.

Sama seperti pada Piala Dunia 2014 di Brazil, pemain Hodgson tersingkir pada peringkat kumpulan selepas tewas 2-1 kepada Uruguay, mereka seolah-olah panik ketika England memerlukan kesabaran dan keyakinan.

Pertahanan dan penjaring gol Iceland Ragnar Sigurdsson berkata: “Kami tidak berasa mereka mencipta apa-apa peluang. Kami hanya menanduk keluar bola hantaran jauh.”