Hodgson mahu Sterling buat ‘muka tebal’

Hodgson mahu Sterling buat ‘muka tebal’

DUBLIN, 8 Jun (AFP) – Pengurus England, Roy Hodgson memberi amaran kepada Raheem Sterling untuk membiasakan dengan kecaman selepas penyerang itu diejek semasa persahabatan menentang Republik Ireland.

Sterling, 20, menjadi sasaran kecaman sejak mendedahkan dia menolak kontrak bernilai 100,000 pound (AS$152) seminggu dari pasukan Liverpool dan setiap sentuhannya diejek di Stadium Aviva, Dublin semalam.

Dengan setiap minggu dikaitkan kepada kelab berbeza, Hodgson memberi amaran kehidupan Sterling akan menjadi sukar sebelum bertukar menjadi lebih baik.

“Saya rasa dia akan melalui masa yang teruk. Anda tidak boleh menjangka orang ramai untuk mengetepikan kritikan yang telah dilemparkan kepadanya termasuk dari akhbar tempatan di Liverpool,” kata Hodgson.

“Dia melakukan dengan baik dan cuba untuk mengetepikannya, biarkan bola sepak melakukan perbincangan. Dia memerlukan perlawanan ini untuk menyatakan bahawa jika dia akan mengetepikannya, dia perlu bekerja keras dan tampil dengan muka tebal berbanding yang ada ketika ini.”

Sterling digantikan Andros Townsend pada minit ke-66 selepas persembahan menarik, tetapi Hodgson berkata dia ‘tidak ragu-ragu’ untuk memilihnya bagi perlawanan kelayakan EURO 2016 di Slovenia hujung minggu ini.

“Saya mempercayai Sterling. Tetapi pemain bukanlah robot. Dia melakukan sesuatu yang menarik bagi kita, tetapi hari ini (Ahad) dia tidak mencapai ketinggian itu. Ia memerlukan banyak usaha sebelum saya dan pasukan kebangsaan melakukan membuat keputusan muktamad,” Hodgson memberitahu wartawan.

Sementara itu Hodgson mengakui pasukannya ‘tidak pernah hampir’ kepada peringkat terbaik ketika perlawanan yang menyaksikan penyerang Leicester City, Jamie Vardy membuat kemunculan bersama England, dan dia gembira dengan fakta perlawanan berlalu tanpa insiden di tempat duduk penonton.