Hodgson mungkin panggil semula Terry

Hodgson mungkin panggil semula Terry

LONDON, 31 Mac (Agensi) – Roy Hodgson tidak menolak kemungkinan melakukan kejutan dengan memanggil semula John Terry selepas mengakui betapa England kini berdepan masalah di bahagian pertahanan.

Pengurus England itu mengakui dia tidak mempunyai pertahanan tengah dengan keutamaan permainan hanya ditumpukan kepada pasangan pertahanan kiri dan menerima ketua pasukan Chelsea berusia 35 tahun itu akan menjadi pilihan yang utama.

Walaupun ia akan menjadi pilihan yang kontroversi, difahamkan tidak akan ada bantahan daripada pengurusan FA, walaupun pentadbir badan induk itu mempunyai sejarah dengan bekas ketua pasukan England terbabit.

Hodgson berkata, sejak cadangan dikemukakan kepadanya pada malam Selasa lalu, dia masih tidak mempertimbangkan perkara terbabit dan belum membuat keputusan untuk menetapkan siapa pertahanan yang boleh ke Kejohanan Eropah di Perancis musim panas ini.

Terry mungkin dipanggil semula untuk memperkasakan pertahanan tengah England. – Reuters
Terry mungkin dipanggil semula untuk memperkasakan pertahanan tengah England. – Reuters

Tetapi dia mendedahkan, pernah berbual panjang dengan Terry yang bersara daripada bola sepak antarabangsa pada September 2012 selepas kecewa dengan keputusan FA untuk menggantungnya apabila didakwa bersikap perkauman terhadap Anton Ferdinand.

Terry, yang sudah menghabiskan rehat antarabangsa di China dan Dubai, perlu dipujuk oleh Hodgson untuk kembali memandangkan statusnya yang sudah bersara.

Dia menjaringkan enam gol untuk England dan meraih kemenangan pada penampilan terakhirnya menentang Moldova pada September 2012.

Terry sentiasa beraksi ketika Chelsea memenangi gelaran Liga Perdana musim lalu selain sudah bermain 22 perlawanan liga pada kempen musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA