Hodgson senang diletakkan dalam Kumpulan B

Hodgson senang diletakkan dalam Kumpulan B

PARIS, 13 Dis (AFP) – Jurulatih England, Roy Hodgson menyambut baik undian Euro 2016 malam tadi di Paris yang memberikan tiga lawan kurang dikenali buat bos skuad Three Lions itu.

England, yang dua kali mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah pada 1968 dan 1996, diletakkan dalam Kumpulan B bersama Russia, Slovakia dan Wales.

“Walaupun sudah menjadi jurulatih lebih 100 perlawanan pada tahap ini bersama tiga pasukan (Finland, Switzerland dan England), saya tidak pernah menentang Russia, Slovakia atau Wales,” kata Hodgson.

“Saya tidak sabar berdepan lawan baharu. Saya agak gembira tidak diletakkan untuk bertemu pasukan yang sama sekali lagi yang sudah pernah berlalu kepada saya dalam kelayakan.

Roy Hodgson ketika menanti keputusan pembahagian kumpulan EURO 2016. – AFP
Roy Hodgson ketika menanti keputusan pembahagian kumpulan EURO 2016. – AFP

“Kami harap kami boleh melakukannya dengan lebih baik, terutama selepas apa yang kami lakukan pada 2014 (di Piala Dunia),” katanya merujuk kepada persembahan longlai England hingga tersingkir pada peringkat kumpulan dengan hanya satu mata daripada tiga perlawanan.

Tidak dinafikan pertemuan paling mencuri tumpuan ialah England berdepan pasukan pertama kali layak, Wales pada 16 Jun di bandar raya utara Perancis, Lens.

“Kami faham dengan keseronokan daripada pertemuan ini tetapi kami juga tidak sabar berdepan Russia dan Slovakia,” kata Hodgson.

ARTIKEL YANG SAMA