Hodgson: Stones perlu berhati-hati

Hodgson: Stones perlu berhati-hati

LONDON, 31 Mac (AFP) – Pemain bek tengah Everton John Stones perlu kental jika dia ingin terus menjadi tulang belakang England, pengurus kebangsaan Roy Hodgson memberi amaran.

Stones mengakibatkan gol pertama Belanda dalam kekalahan 2-1 England dalam aksi persahabatan di Wembley Selasa lalu, dengan kesilapannya berkesudahan dengan penalti yang diberikan oleh Danny Rose yang mana pasukan pelawat menyamakan kedudukan.

Pemain berusia 21 tahun ini yang dinilai tinggi telah beraksi lapan kali dalam perlawanan antarabangsa, sedang bersaing dengan Gary Cahill bagi hak untuk bergandingan dengan Chris Smalling di bahagian pertahanan dan Hodgson berkata dia perlu biasa dengan pengawalan rapi apabila bermain untuk negaranya.

“Begitulah bermain untuk England. Malangnya John akan terpaksa menerimanya,” kata Hodgson. “Sukar lari dari Liga Perdana. Apabila anda bermain bagi England dan ia berlaku di Wembley.”

“Bagi saya kesilapan adalah kesilapan. Saya tidak tahu saya sebagai jurulatih bola sepak dan bekas pemain bola sepak akan begitu memberi penekanan pada hakikat bahawa dia tersilap pada detik itu.

John Stones (kiri) dinasihatkan perlu kental jika ingin terus menjadi tulang belakang England. – Reuters
John Stones (kiri) dinasihatkan perlu kental jika ingin terus menjadi tulang belakang England. – Reuters

“Namun saya tidak boleh mengubah cara media menimbangkannya atau cara orang luar di sini menimbangkannya.

“Kadangkala ada karier seseorang musnah oleh nasib tidak baik, tetapi saya akan pasti menganggap kesilapan itu nasib malang. Saya tidak fikir jika saya akan menganalisis prestasinya selama 90 minit, saya akan mengkritiknya dengan begitu berat.”

Ekoran kemenangan 3-2 ke atas jaguh dunia, Jerman di Berlin Sabtu lalu, Hodgson telah menyaksikan pasukannya memberikan empat gol dalam dua perlawanan terakhir mereka.

ARTIKEL YANG SAMA