Hodgson tabik Rooney

Hodgson tabik Rooney

LJUBLJANA, Slovenia, 15 Jun (AFP) – Pengurus England, Roy Hodgson memuji kepimpinan dan keberanian kaptennya, Wayne Rooney selepas penyerang Manchester United itu meledak gol penting kemenangan 3-2 ke atas Slovenia pada aksi kelayakan Euro 2016 di laman lawan, semalam.

Ketika perlawanan Kumpulan D itu tampak seperti menjadi mimpi ngeri buat Rooney selepas dua percubaannya dinafikan palang selain di siku kapten Slovenia, Bostjan Cesar, dia meledak gol kemenangan ketika permainan berbaki empat minit. Gol itu adalah yang ke-48 buat Rooney yang meletakkannya sebaris Gary Lineker dalam senarai penjaring gol terbanyak England, kurang satu berbanding rekod dipegang Bobby Charlton.

“Prestasi Wayne Rooney berkata banyak perkara mengenai dirinya sebagai seorang lelaki,” kata Hodgson selepas perlawanan di Stadium Stozice itu.

“Hanya sebelum dia menjaringkan gol, dia mengharungi kekasaran yang kuat daripada siku pemain lawan, yang boleh mendatangkan rasa marah kepada ramai pemain dan menyebabkannya hilang disiplin. “Dia tidak melakukannya, kerana dia selepas itu bangkit dan memberi tumpuan kepada tugasnya dan peranannya dalam pasukan.

“Satu atau dua peluang disia-siakan namun apabila peluang tiba di depannya, dia tidak mensia-siakannya.

Rooney meraikan gol ketiganya ketika bertemu Slovenia pada aksi kelayakan Euro 2016 di Ljubljana, Slovenia semalam. – Reuters
Rooney meraikan gol ketiganya ketika bertemu Slovenia pada aksi kelayakan Euro 2016 di Ljubljana, Slovenia semalam. – Reuters

“Ia juga menunjukkan yang kami boleh bergantung kepadanya sebagai seorang lelaki. Saya lebih gembira jika dia meledak hatrik hari ini jadi rekod itu akan dipadamkan, namun dia masih mempunyai banyak masa,” katanya.

Legenda England, Lineker mengucapkan tahniah kepada Rooney dalam laman sosial Twitternya dengan menulis “Selamat datang ke kelab 48 Wayne Rooney.”

Menerusi jaringan Milivoje Novakovic pada minit ke-37, England bangkit pada babak kedua menerusi jaringan pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere yang menyamakan kedudukan pada minit ke-57 diikuti jaringan kedua peribadi pada minit ke-73 meletakkan The Lions di depan. Begitupun, kedudukan itu tidak lama apabila Slovenia menyamakan kedudukan menerusi Nejc Pecnik pada minit ke-84 sebelum Rooney mempamerkan magisnya dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86.

ARTIKEL YANG SAMA