Hodgson tekad kendali England sebaiknya

Hodgson tekad kendali England sebaiknya

CHANTILLY, Perancis, 26 Jun (AFP) – Pencapaian Roy Hodgson sepanjang empat tahun mengendali pasukan England membuktikan kemampuannya menjelang aksi peringkat 16 terakhir Euro 2016 menentang Iceland, esok.

Hodgson, 68 ketika ini berdepan tekanan tinggi menjelang aksi menentang pasukan kerdil itu selepas England sekadar menamatkan aksi Kumpulan B selaku naib juara di bawah Wales.

Kekalahan di Nice tampak seakan memberi bayangan kontraknya tidak akan dilanjutkan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dan sekali pun sudah menyatakan keinginannya untuk mengekalkan tugas terbabit, dia berkata tidak akan ‘menjerit dari bumbung’ untuk mendapatkannya.

“Saya bersedia untuk meneruskannya. Ia kemahuan yang berbeza. Saya bersedia untuk memikulnya jika FA mahukan saya lakukan,” kata Hodgson kepada wartawan di kem latihan England, semalam.

“Jika mereka tidak mahukan saya, jadi kontrak saya akan berakhir dan itulah yang akan berlaku. Jadi saya tidak akan merayu untuk kerja itu.

Roy Hodgson dalam sesi latihan bersama anak-anak didiknya. – AFP
Roy Hodgson dalam sesi latihan bersama anak-anak didiknya. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Saya percaya apa yang saya lakukan sejak beberapa tahun lalu ini. Saya percaya dengan pasukan yang saya bekerja bersama dan percaya pasukan menunjukkan potensi yang kami akan meneruskannya dan melakukan perkara yang hebat.

“Jika FA mahu saya meneruskannya, saya akan berjumpa dengan mereka. Saya gembira untuk melakukannya.”

Selepas penyingkiran di suku akhir kepada Itali pada Euro 2012 dan penyingkiran di peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil, perlawanan menentang Iceland tampak seperti yang terakhir buatnya jika keputusan positif tidak diraih.

“Saya tidak pernah menimbang yang kami akan tewas kepada Iceland. Saya tidak pernah membuat pertimbangan mengenai kekalahan. Saya perlu menerima dua keputusan seri (Rusia dan Slovakia) yang saya gemar jika kami menang,” katanya.

Ketika ditanya adakah zalim untuk dihakimi dengan hanya satu perlawanan, Hodgson tampak marah dan berkata: “Saya tidak bersedia untuk itu. Saya sudah bekerja selama 40 tahun.

“Jangan tanya saya soalan seperti itu. Perlawanan adalah zalim. Kadang kala tiada perhubungan langsung di antara berapa baik pasukan sudah lakukan dan juga keputusan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA