Hoeness bebas awal

Hoeness bebas awal

BERLIN, 19 Jan – Bekas presiden Bayern Munich, Uli Hoeness (gambar bawah) semalam berjaya mendapatkan perintah pembebasan awal dari penjara dengan mahkamah Jerman menyatakan dia akan dibebaskan Februari depan selepas menjalani hukuman kerana menghindarkan cukai.

“Uli Hoeness akan dibebaskan pada 29 Februari,” kata Herbert Veh, ketua hakim mahkamah di Augsburg, yang menambah bahawa tarikh pembebasan adalah pada pertengahan hukuman tiga tahun setengah.

Hoeness perlu memberitahu sebarang pertukaran alamat, dan akan memastikan dia tidak disalahkan semula ketika tempoh percubaan selama tiga tahun, tambah hakim.

Hoeness, 63, dijatuhi hukuman penjara pada Mac 2014 kerana menipu pihak berkuasa Jerman sebanyak 28.5 juta euro (AS$31.3 juta) dalam cukai tidak berbayar.

p21-4_20160120

Media Jerman melaporkan permohonan Hoeness bagi pembebasan lebih awal akan dibantu dengan fakta bahawa dia telah menyelamatkan pekerjaan bersama Bayern Munich selepas bertugas bersama salah satu pasukan muda mereka.

Dia telah menjalani hukumannya di penjara Landsberg, di mana Adolf Hitler menulis Mein Kampf, dan dibebaskan pada permulaan tahun ini di bawah sistem parol yang bermakna dia perlu melaporkan diri di penjara setiap malam.

Hoeness, 62, bekas bos Bayern Munich, menghabiskan empat dekad bersama juara Bundesliga, pada awalnya sebagai seorang pemain, dan juga menjalankan perniagaan yang berjaya.

Ketika empat hari perbicaraannya pada 2014, dia mengakui menyembunyikan kekayaannya di bank Swiss sambil “berjudi” dengan pasaran saham dan pertukaran wang asing. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA