Hoeness kembali lagi tanding presiden

Hoeness kembali lagi tanding presiden

BERLIN, 9 Ogos – Bekas presiden Bayern Munich, Uli Hoeness dikatakan bakal meneruskan bekas kedudukannya selepas semalam mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya November depan, biarpun menjalani hukuman penjara.

Hoeness dibebaskan dari penjara Februari lalu selepas menjalani hukuman penjara 21 bulan kerana menghindarkan cukai, tetapi bersedia untuk dilantik semula sebagai presiden juara Jerman dengan penyandang jawatan sekarang, Karl Hopfner, sudah mengisytiharkan tidak bertanding bagi pemilihan semula.

“Ini dipersetujui oleh Karl Hopfner dan Uli Hoeness dengan kesepakatan perbincangan yang menggembirakan,” kata kelab dalam kenyataan. Hoeness secara meluas dijangka akan dilantik semula oleh ahli Bayern.

Persoalan moral sama ada disabitkan jenayah seharusnya meneruskan sebagai presiden kelab tidak dibincangkan secara terbuka, tetapi dari segi pandangan perundangan, tidak ada yang menghalang kepulangan Hoeness ke pejabat.

Bekas presiden Bayern, Hoeness berucap semasa mesyuarat agung kelab di Munich dalam gambar fail 2 Mei 2014. Hoeness kelmarin mengumumkan akan menjadi calon presiden pada pilihan raya kelab yang akan diadakan November depan. – AFP
Bekas presiden Bayern, Hoeness berucap semasa mesyuarat agung kelab di Munich dalam gambar fail 2 Mei 2014. Hoeness kelmarin mengumumkan akan menjadi calon presiden pada pilihan raya kelab yang akan diadakan November depan. – AFP

Bekas presiden berusia 64 tahun itu dibebaskan dari penjara Landsberg, di mana Adolf Hitler menulis ‘Mein Kampf’ selepas disabitkan kesalahan pada Mac 2014 kerana menghindarkan cukai sekurang-kurangnya 28.5 juta euro (AS$31.5 juta).

Setelah menghabiskan 40 tahun sama ada sebagai pemain, pengurus atau presiden gergasi Bavaria, Hoeness menunjukkan rasa rendah hati atau kesal sejak pembebasannya.

Dia menjadi penjana besar dalam membawa Bayern kepada kedudukan teratas Jerman dan bola sepak Eropah.

Hoeness menggantikan Franz Beckenbauer sebagai presiden kelab pada 2009 selepas 30 tahun perantisan, tetapi Hoeness mempertaruhkan jutaan dalam saham dan mata wang menerusi akaun bank Swiss beliau yang akhirnya menghumban belai ke dalam penjara.

“Ia belum selesai,” itulah laungannya pada mesyuarat agung Mei 2014, sejurus sebelum meletakkan jawatan sebagai presiden Bayern selepas dijatuhi hukuman. – AFP