Hojbjerg terima tawaran The Saints

Hojbjerg terima tawaran The Saints

LONDON, 12 Julai – Pemain tengah Denmark, Pierre-Emile Hojbjerg menjadi pemain pertama yang diikat pengurus Southampton, Claude Puel.

Hojbjerg yang sebelum ini bersama kelab juara Jerman, Bayern Munich mengikat kontrak selama lima tahun dan Saints dilaporkan membayar 12.8 juta pound bagi mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu.

Hojbjerg, yang meraih kap senior pertamanya pada 2014, bagaimanapun dipinjamkan selama dua tahun, masing-masing ke Augsburg dan Schalke 04.

“Pierre adalah bakat muda yang bagus dan kami mengalu-alukan kedatangannya ke kelab Bola Sepak Southampton,” kata Pengarah Eksekutif Bola Sepak Les Reed dalam laman web kelab berkenaan.

Pierre-Emile Hojbjerg bakal menyarung jersi Southampton musim ini. - AFP
Pierre-Emile Hojbjerg bakal menyarung jersi Southampton musim ini. – AFP

“Pada usia 20 tahun, dia sudah pun menjadi pemain yang bersama pasukan kebangsaan Denmark dan menerima pengalaman berharga ketika berada di Bayern Munich dan saingan Bundesliga.”

Hojbjerg adalah pemain kedua yang diikat Southampton selepas turut turut menandatangani pemain tengah Bawah 21 England, Nathan Redmond sebelum Puel bersetuju untuk mengambilalih tugas berkenaan.

Musim lalu, Southampton meraih penamat terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris dengan berada di tangga keenam keseluruhan. – AFP