Hokkien Brunei hulur bantuan

Hokkien Brunei hulur bantuan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara terus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak kerajaan dan agensi swasta dalam usaha membantu orang yang memerlukan dan anak-anak yatim.

Turut menghulurkan sumbangan untuk tabung berkenaan, hari ini, ialah Persatuan Hokkien Brunei yang telah menyerahkan sumbangan berjumlah $12,600 pada majlis yang berlangsung di jabatan berkenaan.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pengerusi Persatuan, Lim Han Chiong telah menyampaikan sumbangan berjumlah $1,000, diikuti dengan penyampaian sumbangan peribadi ahli-ahli yang secara keseluruhannya berjumlah $11,600.

Ahli-ahli Persatuan Hokkien Brunei bergambar ramai bersama Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara pada majlis penyampaian derma.
Ahli-ahli Persatuan Hokkien Brunei bergambar ramai bersama Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara pada majlis penyampaian derma.

Kesemua sumbangan tersebut diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada sumbangan tahunan persatuan dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama dalam membuat persiapan Syawal yang hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.

ARTIKEL YANG SAMA