Hollande akui impak ujian nuklear di Pasifik

Hollande akui impak ujian nuklear di Pasifik

PAPEETE, 23 Feb (AFP) – Presiden Perancis Francois Hollande semalam mengakui bahawa ujian nuklear selama tiga dekad di French Polynesia telah memberi ‘impak’ pada kesihatan dan persekitaran dan berjanji akan mengkaji semula proses mengganti rugi mangsa.

Kenyataan Hollande itu yang dibuat pada lawatan ke bandar French Polynesia adalah pengakuan paling jelas tentang penjejasan akibat dari program ujian.

“Saya mengakui bahawa ujian nuklear antara tahun 1966 dan 1996 di French Polynesia telah memberi impak persekitaran, mengakibatkan kesan pada kesihatan,” Hollande berkata di Papeete ketika melawat Pasifik.

Perancis telah melancarkan 193 ujian nuklear di kepulauan Mururoa dan Fangataufa sehingga bekas presiden Jacques Chirac mengisytiharkan penamatan program itu pada tahun 1990an.

Hanya kira-kira 20 orang dari antara kira-kira 1,000 orang plaintif menerima ganti rugi kerana merebaknya barah yang dikatakan berkaitan dengan ujian itu, dan Hollande berkata proses itu kini akan dipertimbangkan semula.

Presiden Perancis Francois Hollande ketika tiba di kawasan French Polynesia, Taputapuatea. – AFP
Presiden Perancis Francois Hollande ketika tiba di kawasan French Polynesia, Taputapuatea. – AFP

Menurutnya, “proses permohonan bagi ganti rugi untuk para mangsa daripada ujian nuklear akan dikaji semula.”

Kira-kira 150,000 orang awam dan kakitangan tentera terlibat dalam 210 ujian nuklear yang dijalankan antara tahun 1960 dan 1996 oleh Perancis di Pasifik dan gurun Sahara. Kebanyakan mereka kemudian mengalami masalah kesihatan yang serius.

Selama berdekad-dekad Perancis menafikan tanggung jawabnya bagi kebimbangan pengakuan akan melemahkan program nuklearnya ketika Perang Dingin.

Tetapi dalam tahun 2010 ia telah meluluskan undang-undang yang membenarkan ganti rugi bagi veteran tentera dan orang awam yang penyakit barah mereka adalah berpunca daripada program ujian itu.

ARTIKEL YANG SAMA