Hollande gesa...

Hollande gesa keadilan bagi kes rogol

PARIS, 15 Feb – Presiden Perancis Francois Hollande semalam menggesa bagi ‘keadilan’ ke atas dakwaan rogol ke atas seorang belia kulit hitam dengan belantan polis, satu kejadian yang mencetuskan rusuhan 10 malam dan lebih 200 tangkapan.

“Keadilan mesti diberikan,” Hollande berkata ketika lawatan ke Aubervilliers, terletak di rantau Seine-Saint-Denis, timur laut Paris yang mana seorang pekerja belia berusia 22 tahun yang hanya dikenal pasti sebagai Theo, telah diserang pada 2 Februari lalu.

Namun Hollande juga menyelar rusuhan yang berlaku berikutnya, yang telah menjejaskan kawasan pinggir kota sekitar Paris.

Kecederaan yang dialami Theo ketika operasi berhenti-dan-mencari di pinggir kota Aulnay-sous-Bois telah mencetuskan pertempuran dengan polis dan serangan bakar di seluruh estet perumahan miskin ang didiami oleh pelbagai etnik yang melingkari bandar Perancis itu.

Hollande menggesa bagi keadilan terhadap seorang pemuda kulit hitam yang dicabuli menggunakan belantan polis. - AFP
Hollande menggesa bagi keadilan terhadap seorang pemuda kulit hitam yang dicabuli menggunakan belantan polis. – AFP

Kementerian dalam negeri berkata 245 orang diberkas ekoran bantahan yang bermula 4 Februari lalu. Beberapa belas orang telah ditahan.

Seorang pegawai telah didakwa merogol dan tiga orang lagi didakwa menyerang, keempat-empat mereka digantung pekerjaan mereka dari pasukan polis.

Semalam, penyiasatan berasingan dilancarkan ke atas dakwaan bahawa salah seorang dari empat pegawai telah memukul seorang lagi belia kulit hitam di Aulnay-sous-Bois pada 26 Januari lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA