Hollande lawat pengangkut pesawat udara luar pantai Syria

Hollande lawat pengangkut pesawat udara luar pantai Syria

PARIS, 4 Dis (Reuters) – Presiden Perancis, Francois Hollande akan mengunjungi kakitangan tentera hari ini di pengangkutan pesawat udara Charles de Gaulle di luar pantai Syria, menurut pejabatnya dalam satu kenyataan.

“Beliau akan menemui para tentera yang terlibat dalam pertempuran hebat menentang Daesh (Islamic State-IS) di Syria dan Iraq,” menurut kenyataan.

Pengangkutan itu yang membawa 38 buah pesawat perang telah dikerahkan ke timur Mediterranean hanya beberapa hari selepas IS mendakwa bertanggungjawab atas serangan di Paris yang membunuh 130 orang pada 13 November.

Lawatan dua jam itu dijadualkan bermula pada 1400 GMT, muncul selepas dua hari sebelum pusingan pertama pilihan raya serantau yang parti pemerintah Sosialis Hollande dijangka akan ditewaskan oleh parti konservatif dan berhaluan kanan.

Kepopularan Hollande meningkat pada paras tertinggi dalam tiga tahun menurut tinjauan pada Selasa, dengan para pengundi menyokong pengendaliannya ke atas tempoh-tempoh selepas serangan.

Perancis merupakan negara pertama yang menyertai serangan udara diketuai AS di Iraq dan sejak serangan Paris ia telah mempertingkatkan kempen pengeboman udara ke atas IS di Syria, menumpukan terutamanya ke atas kubu kuat di Raqqa dan sasaran berkaitan minyak.

Sejak minggu lepas, jet pejuang telah melanda lebih 20 kali di Iraq menyokong kemaraan tentera tempatan di kawasan berhampiran Baiji, Sinjar dan sekitar bandar Ramadi, kata tentera Perancis pada Rabu.

ARTIKEL YANG SAMA