Hollande selia perjanjian kapal perang

Hollande selia perjanjian kapal perang

DOHA, 4 Mei (AFP) – Presiden Perancis, Francois Hollande tiba di Qatar hari ini untuk menyelia penandatangan perjanjian multi bilion untuk menjual 24 jet pejuang Rafale kepada emirah yang kaya gas itu.

Perjanjian sekitar 6.3 bilion ($7 bilion) itu termasuk tempahan bagi 24 jet yang dihasilkan oleh kumpulan pertahanan Perancis, Dassault dengan satu pilihan ke atas 12 pesawat selanjutnya.

Hollande akan menemui Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani sebelum terbang ke Arab Saudi untuk menghadiri satu sidang Majlis Kerjasama Teluk di sini pada Selasa – yang pertama bagi ketua negeri Barat.

Hollande ditetapkan akan berbincang bersama Sheikh Tamim mengenai beberapa krisis yang mengoncang rantau itu, termasuk kempen udara campuran yang diketuai Saudi berminggu lamanya ke atas pemberontak antikerajaan di Yaman.

Kemudian Hollande akan menuju ke Riyadh, hari ini, untuk mengadakan rundingan bersama Raja Saudi, Salman.

Presiden Perancis, Francois Hollande (tengah) ketika dialu-alukan oleh Menteri Kebudayaan Qatar, Dr. Hamad bin Abdulaziz Al-Kuwari di lapangan terbang Doha, Qatar. – Reuters
Presiden Perancis, Francois Hollande (tengah) ketika dialu-alukan oleh Menteri Kebudayaan Qatar, Dr. Hamad bin Abdulaziz Al-Kuwari di lapangan terbang Doha, Qatar. – Reuters

Selain ke Qatar dan Arab Saudi, GCC juga termasuk Bahrain, Kuwait, Oman dan Emirah Arab Bersatu. Setelah bertahun-tahun bergelut untuk menjual mana-mana jet Rafalenya di luar negeri, Dassault baru-baru ini telah mendapat beberapa kontrak berprofil tinggi yang menguntungkan dengan Mesir, India dan kini Qatar.

Ditemani oleh Menteri Luar Negeri, Laurent Fabius dan Menteri Pertahanan Jean-Yves Le Drian, Hollande akan menghadiri majlis penandatangan bagi kontrak Rafale hari ini.

Satu persetujuan berasingan akan melihat Perancis melatih 36 pilot Qatar dan sekitar 100 jurutera mekanikal, serta para pegawai perisikan. Jet-jet Rafale boleh digunakan untuk misi peninjauan.

Perancis mungkin akan meraikan perjanjian jet pejuang lain ketika rundingan bersama UAE kelihatannya akan diketuai dalam ‘arah yang betul’, menurut Fabius. Le Drian telah melakukan beberapa perjalanan sebelumnya ke Timur Tengah yang kebanyakannya sulit, bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi dan timbalan ketua pasukan bersenjata UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan.

Pasangan itu membincangkan ‘kerjasama dalam pertahanan ketenteraan’ termasuk kemungkinan perjanjian latihan, menurut agensi berita rasmi WAM.

ARTIKEL YANG SAMA