Home United benam DPMM FC

Home United benam DPMM FC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Brunei DPMM FC mencatatkan kekalahan terbesarnya di dalam sejarah penyertaannya pada Kejohanan Liga Singapura apabila Pasukan Home United membolosi gawang gol kawalan Wardun Haji Yusof sebanyak lima kali pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan di Kota Singapura.

Mimpi ngeri Brunei DPMM FC bermula seawal minit ke-9 melalui jaringan Azhar Sairudin sebelum digandakan oleh jaringan Faris Ramli pada minit ke-39 pada babak pertama perlawanan di tempat lawan pertama bagi pusingan kedua Liga Singapura 2016.

Babak kedua perlawanan menambahkan lagi langkah kiri Pasukan DPMM FC apabila Ken Ilsoe menjaringkan dua gol pada minit ke-71 dan selang dua minit kemudian pada minit ke-73 untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Namun kedudukan tidak berhenti di sana apabila 5 minit sebelum masa penuh perlawanan Syahiran Miswan menambahkan lagi jaringan tuan rumah menjadikan kedudukan akhir perlawanan DPMM FC tewas 5–0 kepada Home United.

Brunei DPMM FC kini berada di tangga kelima liga dengan 13 perlawanan yang antaranya menyaksikan Brunei DPMM FC menang 5 perlawanan, seri 3 perlawanan dan tewas 5 perlawanan dan mengumpul 18 mata 8 mata di belakang pendahulu liga Albirex Niigata FC.

ARTIKEL YANG SAMA