Homestage Realty rasmi pejabat

Homestage Realty rasmi pejabat

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Homestage Realty, sebuah syarikat pemaju hartanah telah membuka rasmi pejabatnya di Unit 7, Tingkat 1, Bangunan HMYC, Kiarong, baru-baru ini.

Perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Homestage Realty, Lee Teck Seng bersama Pengarah Urusan syarikat itu, Kevin Lee Jia Hau dan Pengarah Bersekutu Bank Standard Chartered, Mary Yu yang bersama-sama memotong reben perasmian.

Syarikat ini merupakan antara pemaju hartanah yang berdaftar di negara ini dalam pembangunan hartanah dan memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara Brunei Darussalam melalui penjualan rumah, rumah sewa dan banyak lagi.

Menurut Kevin Lee, setakat ini syarikat itu mempunyai lebih 100 buah rumah untuk dijual dan disewa yang terletak di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

Pihak pengurusan Homestage semasa perasmian pejabat baru, kelmarin.
Pihak pengurusan Homestage semasa perasmian pejabat baru, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA